Gadis manis yang mesra dengan panggilan Dayah serta pasangannya memilih kemeriahan dan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini untuk mengikat tali pertunangan mereka. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran begitu ramai teman-teman dan saudara mara..
Bertarikh 4 Syawal 1432 H bersamaan 2 September 2011 dan bertempat di rumah keluarga yang terletak di Bukit Gambir, Muar, Johor, pihak dari kedua-dua belah keluarga telah bertemu dan mengikat janji.
Terima kasih buat Dayah dan keluarga kerana memilih salinabridal untuk menyediakan Tatarias berserta aksesori buat sang gadis jelita ini. :)
bingkisan istimewa dari hati buat yang tersayang sudah siap tersusun rapi...
pastikan sempurna... :)
bersama 2 kekakanda tersayang..
tertunduk malu dalam senyuman
gadis jelita kini berpunya
janji dipatri berlandaskan iman
semoga bahagia hingga akhirnya...
Amin... :)
abadikan saat-saat terindah... Sang OP sedang bertugas.
tawa bahagia dicelah-celah senda gurauan teman-teman yang setia menemani dayah sepanjang majlis istimewa ini jelas menggambarkan perasaannya.. ;)
manis wajah semanis darah... :)
akhirnya sempurna jua sebuah ikatan janji nan suci...
kami nak jugak... ;)
KLIK untuk melihat gambar-gambar Majlis ini di Album facebook kami.
3 comments:
Hmm.. baru senang nak tinggal komen :)
Transformasi yang drastik.. dengan make over mcm2 boleh jadi.. cuma yang gemuk je xboleh jadi kurus.. hahha..
wah..meriah3...=)
nice touch up XD
Asas SEO & Cik Domo : Tq komen ye.. ;)
Post a Comment