Thursday, September 22, 2011

Norudin & Afrah ~ Rias Majlis Bertandang / Sambut Menantu.

 Saya amat-amat menyayangi dan menyintai isteri saya! 
Jika perbuatan dan riak muka boleh berkata-kata, itulah yang terzahir dari setiap tingkah lelaki kacak dan berbudi-bahasa bernama Mohd Norudin Amir ini.
Alangkah bertuah dan berbahagianya insan bernama Afrah Jamaluddin, sang isteri yang bertakhta di hati sang suami.. :)

Kami amat berbangga kerana dipilih sebagai sebahagian dari mereka yang turut menjayakan majlis pasangan sejoli ini. Terima kasih. :)


Majlis telah berlangsung dengan penuh meriah  di rumah keluarga Norudin yang terletak di Parit Sari, Parit Jawa, Muar Johor pada 17 September 2011.

Sayang sekali kerana kami tidak dapat merakamkan perjalanan majlis kerana masalah teknikal. Gambar-gambar dalam entri ini kami rakam sejurus sebelum sesi Fotografi Outdoor berlangsung.
Namun demikian, OP dan Videografer bagi majlis ini, Ezy Zainal dari Ezywed Studio dan Azri Hamidon dari Azre Creative Studio merupakan kawan2 kami. Nanti kami akan kongsikan gambar2 dari OP majlis ini yang pastinya lebih pro, menarik dan terbaik.. 
Tungguuuu~~~ ;))











Simple dan Menarik..
Pelamin yang menjadi pilihan pasangan Norudin dan Afrah..












Setanjak Selangor dipakai serong,
Hiasan pinggang bertatahkan permata,
Lautan api sanggup diharung,
Hingga ke syurga saling menyinta...

Amin.... :)


Rias dan Aksesori Busana : Salina Beauty & Bridal
Team OP dan Videografer : Ezywed Studio, Muar dan Azre Creative Studio, Muar, Johor.

KLIK untuk berhubung dengan Ezy Zainal dari Ezywedstudio di fb.
KLIK untuk berhubung dengan Azre Hamidon dari Azre Creative Studio di fb.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)