Saturday, September 10, 2011

9-9-2011 ~ Rias Majlis Pernikahan Siti Fatimah & Mohd Hairi


Sangat-sangat pemalu dan santun. Itulah yang dapat kami simpulkan tentang gadis manis ini. Dan pada 9-9-2011 bertempat di Kg Kesang Laut, Muar, Johor beliau selamat bergelar isteri yang sah kepada kekasih hati pengarang jantungnya, Mohd Hairi.

Kami amat berterima kasih atas kepercayaan dan layanan Siti Fatimah dan keluarga yang memilih salinabridal untuk memberikan perkhidmatan perancang majlis perkahwinan dan andaman yang terbaik dan tercantik kepadanya. :)




Majlis pernikahan pasangan ini dilangsungkan selepas Solat Jumaat 9-9-2011 dengan penuh meriah. Di sini kami sedang menyiapkan tatarias untuk Siti Fatimah sebelum majlis berlangsung.




touch up..


pelamin bertema putih dengan sedikit motif gold menjadi pilihan Siti Fatimah telah siap tersergam di ruang tamu.. 


Lima jambangan bunga pahar juga telah siap-sedia untuk dihadiahkan kepada para tamu yang sudi menepung-tawar pengantin.. 


Manis.. 
Siti Fatimah telah siap dirias dan sedang menunggu bakal suaminya bersama rombongan hadir mengotakan janji mereka.. :)


Siti sedang didera untuk pose.. ;)






Jubah kelabu manis dan sopan
Veil sedondon indah bersulam
Semoga bahagia menunggu di depan
Selamanya berkasih siang dan malam..

Amin... :))






  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)