Showing posts with label Ukiran Inai. Show all posts
Showing posts with label Ukiran Inai. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Nur Maisarah & Abdullah ~ Rias Majlis Persandingan

Gadis tinggi dan langsing bernama Nur Maisarah Ismail ini telah memilih kami untuk majlis persandingannya dengan pasangan pilihan hatinya, Abdullah Abu Bakar pada 17.12.2011 yang dilangsungkan di kediaman ayah dan bondanya yang terletak di Batu 13, Jalan Muar - Pagoh, Johor.

Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran begitu ramai handai dan taulan dari jauh dan dekat.



Sorotan matanya yang redup bagai mengambarkan selautan kasih di dalam jiwanya..






Sungguh manis kelihatannya jari-jemari Mysara apatah lagi dengan riasan inai khas dari kami.. ;) 



Anggun menawan hati...



Berseri2 pelamin bila disinggahi sang puteri jelita...



Persalinan dress turquoise gold yang menjadi pilihan hati sang puteri di hari bahagia...















Bersama teman dan taulan yang sudi bertandang...



Pilihan warna tema yang secocok oleh pengantin..



Yang penting... perfect! ;)



Ceria dijiwa dan raga..





Berjurai hujan membasahi bumi,
Bagaikan petanda restu Ilahi,
Hinga ke akhirnya cinta bersemi
Saling menyayang, kasih-mengasihi..

Aminn...! :)








Friday, December 30, 2011

Redza & Ida ~ Rias Majlis Bertandang @ Hotel Pelangi, Muar, Johor

Kami sungguh terharu dan berbesar hati dengan majlis yang satu ini.
Ini kerana pengantin lelaki tidak tahu-menahu tentang salinabridal. Namun ibunda Redza merupakan pembaca setia blog kami ini dan perbincangan antara kami amat lancar dan menyenangkan kerana bonda Redza cukup hafal apabila merujuk beberapa majlis yang beliau berkenan di dalam blog ini. Terbaik! ;)

Majlis Bertandang antara Redza dan Ida Norlida telah dilangsungkan dengan penuh meriah di dewan majlis Hotel Sri Pelangi yang terletak di Jalan Sisi, Muar, Johor.

Ini adalah beberapa catatan dari foto2 kami yang tidak diedit langsung. Foto2 yang lebih hebat dan berseni dari OP akan kami terbitkan kemudian, Insyallah.. :)



Ida Norlida, gadis manis dari Batu Pahat, Johor yang bertakhta di hati Redza.. :)



Persiapan...



Sempurna... :)






Ida bersama flower girlnya yang comel dan pemalu..






Moden dan sopan..
Busana pilihan kedua2 mempelai.. :)






Melangkah masuk ke ruang Majlis..




Sepadan..
Pasangan kelihatan segak dan manis bersanding atas pelamin 



Persembahan kompang dari Persatuan Belia 1 Impian, Parit Perupuk, Muar cukup memeriahkan majlis..



Pengapit pengantin lelaki ini merupakan bakal pengantin yang akan melangsungkan majlisnya tidak berapa lama selepas majlis Redza ini. Nanti kami siarkan entri majlisnya di sini kerana kebetulan, beliau juga memilih salinabridal.. ;)



Telatah berapa kanak-kanak yang mencuit hati ketika majlis persandingan berlangsung..






Menuju Meja Santapan Beradat..
Selesai sudah majlis Persandingan...



Hati-hati..






Pastikan sempurna...



Biasakan diri... ;)






Tak kekok..
Semoga dikurniakan cahayamata secepat mungkin.. Amin.. ;)












Kenang-kenangan..
Sang puteri jelita di hadapan pelaminnya..











Ukiran inai khas dari Salinabridal buat sang permaisuri kelihatan cukup serasi dengan gubahan bunga tangan segar gubahan kami....













Sayu gembira hati sang bonda,
Anak dikandung kini nakhoda
Semoga ke Syurga cintanya ada
Dikuniakan bahagia tiada berpada

Amin... :)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)