Sunday, September 25, 2011

17-9-2011 ~ Rias Majlis Resepsi Soraya & Farhan

 
Setelah selamat bergelar pasangan suami isteri yang sah pada 16-9-2011, pasangan Soraya dan Farhan diraikan dalam suatu majlis resepsi yang meriah dan penuh berwarna-warni..

Farhan kelihatan segak mengenakan sut hitam lengkap manakala Soraya penuh keanggunan mengenakan dress putih berbunga pink di majlis mereka yang berbahagia.


Sangat Comel..!
Baby yang menemani kami ketika sesi rias sedang berlangsung.


Anggun jelita...
Soraya meminta kami memberikan rias yang paling light, tanpa sebarang ukiran kening. dan inilah hasil terbaik dan tercantik yang termampu kami persembahkan. Semoga berpuas hati... :)


Menanti sang buah hati...
Soraya ditemani 2 gadis bunga yang sangat comel semantara menunggu ketibaan sang suami bersama rombongannya...


Sebaik dimaklumkan ketibaan rombongan mempelai lelaki, Soraya beralih ke ruang hadapan...


Tunggu..
Sekumpulan anak muda menanti di sebalik pintu pagar dan sedang bersiap sedia. Bersedia untuk apa ya??


Bersedia untuk TOL!!!  ;p


Meriah...
Rombongan dari kedua2 belah pihak sedang bernegosiasi di muka pintu rumah. Mereka saling berbalas pantun, dan saling usik-mengusik antara kedua2 belah pihak.


Kami mau dollar! hihihi
Saling usik mengusik yang memesrakan hubungan 2 keluarga yang kini menjadi satu..


Pantun lagi...


Akhirnya, Farhan berjaya menjemput sang isteri nan jelita dan memimpinnya menuju ke ruang resepsi yang telah siap dihias indah.. 












Sangat ramah dan sporting..
Salah seorang tetamu yang mencuri perhatian kami dengan gaya pakaian yang sangat cantik dan menarik di mata kami.




Jambangan bunga tangan segar yang kami sediakan buat pasangan ini.. Cantik kan? ;) 












Pasangan dikelilingi teman2 yang datang dari jauh semata2 untuk meraikan majlis yang berbahagia mereka..


Kenangan...
Kawan-kawan pengantin yang best dan layan... :)

17 september tarikh keramat,
Saudara dan rakan tersenyum riang,
semoga selamanya di dalam rahmat,
Saling berkasih malam dan siang..

Amin.. :)






Thursday, September 22, 2011

Norudin & Afrah ~ Rias Majlis Bertandang / Sambut Menantu.

 Saya amat-amat menyayangi dan menyintai isteri saya! 
Jika perbuatan dan riak muka boleh berkata-kata, itulah yang terzahir dari setiap tingkah lelaki kacak dan berbudi-bahasa bernama Mohd Norudin Amir ini.
Alangkah bertuah dan berbahagianya insan bernama Afrah Jamaluddin, sang isteri yang bertakhta di hati sang suami.. :)

Kami amat berbangga kerana dipilih sebagai sebahagian dari mereka yang turut menjayakan majlis pasangan sejoli ini. Terima kasih. :)


Majlis telah berlangsung dengan penuh meriah  di rumah keluarga Norudin yang terletak di Parit Sari, Parit Jawa, Muar Johor pada 17 September 2011.

Sayang sekali kerana kami tidak dapat merakamkan perjalanan majlis kerana masalah teknikal. Gambar-gambar dalam entri ini kami rakam sejurus sebelum sesi Fotografi Outdoor berlangsung.
Namun demikian, OP dan Videografer bagi majlis ini, Ezy Zainal dari Ezywed Studio dan Azri Hamidon dari Azre Creative Studio merupakan kawan2 kami. Nanti kami akan kongsikan gambar2 dari OP majlis ini yang pastinya lebih pro, menarik dan terbaik.. 
Tungguuuu~~~ ;))











Simple dan Menarik..
Pelamin yang menjadi pilihan pasangan Norudin dan Afrah..












Setanjak Selangor dipakai serong,
Hiasan pinggang bertatahkan permata,
Lautan api sanggup diharung,
Hingga ke syurga saling menyinta...

Amin.... :)


Rias dan Aksesori Busana : Salina Beauty & Bridal
Team OP dan Videografer : Ezywed Studio, Muar dan Azre Creative Studio, Muar, Johor.

KLIK untuk berhubung dengan Ezy Zainal dari Ezywedstudio di fb.
KLIK untuk berhubung dengan Azre Hamidon dari Azre Creative Studio di fb.




Wednesday, September 21, 2011

16-9-2011 ~ Rias Majlis Pernikahan Soraya Dan Farhan


 Majlis Pernikahan gadis jelita bernama Soraya Binti Salim dan pasangannya Farhan Mohamad Ali ini berlangsung dengan penuh meriah dengan aura budaya Arab yang cukup unik.

Kami amat berterima kasih atas kepercayaan Soraya dan keluarga yang memilih kami untuk majlis bersejarah dalam hidupnya ini.. :)




Tanda setuju..
Soraya sedang menandatangani borang2 yang disediakan oleh jurunikah..




Restu ayahanda.. 


Soraya diapit oleh sepasang kanak2 comel yang lengkap berpakaian tradisi Arab.


Farhan berjubah dan berserban sejurus sebelum dinikahkan...


Sejurus sebelum pernikahan...


Memohon Rahmat Ilahi..








Secocok..
Cantik dan kacak..








Tersenyum manis pengantin baru,
Mawar merah indah dipangku..
Semoga menjauh rasa cemburu
Cinta kekal teguh terpaku..

Amin...! :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)

Tamu Terkini.. tq! :)