Showing posts with label Pertunangan. Show all posts
Showing posts with label Pertunangan. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Cik Cty ~ Rias Mjalis Pertunangan & Hiasan Kamar

 Gadis manis ceria bernama Siti Rosziema Binti Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Cik Cty ini selamat melalui majlis pertunangannya dengan kekasih hatinya pada 26 Oktober 2011. Majlis berlangsung dengan penuh ceria di rumah keluarga Cik Cty yang terletak di Kampung Juaseh, Pekan Air Panas, Labis, Johor.

Rumah Cik Cty terletak di kawasan berbukit/gunung yang indah dan betul-betul bersebelahan Kolam Air Panas, Labis.  Best betul..! ;)

Terima kasih daun keladi kepada Cik Cty dan keluarga kerana memilih kami untuk merias dan menghias kamar Cik Cty untuk majlis pertunangannya.. :)
Busana pertunangan adalah milik Cik Cty sendiri.





 Kek pertunangan yang comel dan menarik..


Hiasan kamar Cik Cty khas untuk majlis pertunangannya..


Ikatan tudung simple dan kemas menjadi pilihan Cik Cty..




Tidak lupa aksesori kepala yang manambahkan seri penampilan gadis manis ini..




































 Cty bersama adinda dan teman tersayang yang setia menemaninya sepanjang persiapan dan majlis berlangsung..


Kampung Juaseh indah dan permai
Air panas tarikan pengunjung
Semoga ikatan erat dan damai
Jodoh dipertemu, janji dijunjung...

Amin... :)





Wednesday, September 21, 2011

Malissa Juanis & ~ Rias Majlis Pertunangan

Dengan segala kesyukuran ke hadrat yang Maha Esa, gadis comel dan ceria ini selamat mengikat tali pertunangannya pada tarikh 17~9~2011 bertempat di mahligai ayah bondanya yang terletak di Kampung Jalan Pergam, Sungai Terap, Muar, Johor.

Terima kasih atas kepercayaan dan layanan Mel Lisa dan seluruh kaum keluarga kepada kami sepanjang kami menjalankan tugas untuk majlis yang berbahagia ini. :) 










Manis dan sopan..
Mel Lisa mengenakan persalinan serba pink lengkap dengan hiasan kerawang tudung dan aksesori lengkap.


Kami juga menyediakan buket bunga segar khas buat sang gadis manis untuk melengkapkan kemanisan penampilannya di hari yang berbahagia..









Indahnya mawar si merah jambu
Peneman sang gadis nan penuh bahagia,
Setianya marak di dalam kalbu
Semoga kekal hingga ke syurga...

Amin...! :)





Saturday, September 3, 2011

4 Syawal 1432 H ~ Rias Majlis Pertunangan Haida Dayah & Hylmi Hazy


Gadis manis yang mesra dengan panggilan Dayah serta pasangannya memilih kemeriahan dan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini untuk mengikat tali pertunangan mereka. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran begitu ramai teman-teman dan saudara mara..

Bertarikh 4 Syawal 1432 H bersamaan 2 September 2011 dan bertempat di rumah keluarga yang terletak di Bukit Gambir, Muar, Johor, pihak dari kedua-dua belah keluarga telah bertemu dan mengikat janji.

Terima kasih buat Dayah dan keluarga kerana memilih salinabridal untuk menyediakan Tatarias berserta aksesori buat sang gadis jelita ini.  :)







bingkisan istimewa dari hati buat yang tersayang sudah siap tersusun rapi...


pastikan sempurna... :)











bersama 2 kekakanda tersayang..



tertunduk malu dalam senyuman
gadis jelita kini berpunya
janji dipatri berlandaskan iman
semoga bahagia hingga akhirnya...

Amin... :)




abadikan saat-saat terindah... Sang OP sedang bertugas.


tawa bahagia dicelah-celah senda gurauan teman-teman yang setia menemani dayah sepanjang majlis istimewa ini jelas menggambarkan perasaannya.. ;)

manis wajah semanis darah... :)




akhirnya sempurna jua sebuah ikatan janji nan suci...







kami nak jugak... ;)



KLIK untuk melihat gambar-gambar Majlis ini di Album facebook kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)