Majlis persandingan dan resepsi Marlia dan Azli telah dilangsungkan dengan penuh meriah pada 12.11.11 dengan dihadiri oleh begitu ramai saudara mara dan sahabat handai pengantin dan keluarga.
Marlia memilih persalinan tempahan khas berwarna offwhite -purple untuk majlis istimewanya ini yang dipadankan dengan persalinan Azli dengan warna yang sedondon.
Majlis didahului dengan Khatam al-Quran oleh Marlia dengan ditemani oleh jiran dan saudara rapatnya. Suasana pagi begitu syahdu dengan alunan merdu ayat-ayat suci al-Quran yang mengisi segenap ruang rumah keluarga pengantin.
Tekun.. :)
Setelah selesai majlis Khatam al-Quran di sebelah pagi, majlis dilanjutkan dengan majlis Persandingan dan Resepsi yang dilangsungkan selepas waktu Zohor.
Kelihatan Marlia sungguh jelita dan berseri-seri di hari bahagianya... :)
Ketibaan pengantin lelaki disambut dengan meriah di muka pintu dengan acara wajib daerah ini... tol! ;))
Azli melangkah tenang menuju pelaminnya yang telah siap terhias indah. :)
Sesi usik-mengusik pengantin oleh pengapit. :)
Buat adinda tersayang...
Acara yang dinanti-nantikan oleh setiap kanak-kanak yang hadir.
Kenang-kenangan..
OP majlis, Izam Crazyfoto, Muar sedang menjalankan tugasnya...
Restu ayah dan bonda... :)
Majlis Santapan Beradat yang dilangsungkan dengan Meja Santapan yang telah dihias indah oleh Salinabridal.. :)
Sama cantik dan sama padan..
Azli dan Marlia.
Pastikan sempurna... ;)
Kacak dan cantik Azli dan Marlia,
Putih dan Ungu warna pilihan,
Semoga dikurnia sejahtera dan mulia
Dunia dan akhirat diberkati Tuhan...
Aminnn...! :)
KLIK untuk melihat Hiasan Pelamin dan Meja Santap Marlia & Azli
KLIK untuk melihat Rias Majlis Pernikahan Marlia & Azli
KLIK untuk melihat Rias Majlis Berinai dan Persalinan Marlia & Azli
3 comments:
tq siap ade gambar i lagi tengah shoot...:)
Hihi... pas ni send kat akk pic yg Izam snap ye? Akk nak share kat sini.. :)
terbaik!!!:)
Post a Comment