Showing posts with label Rias Majlis Bertandang. Show all posts
Showing posts with label Rias Majlis Bertandang. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Nooraisyah & Chairil ~ Rias Majlis Bertandang

"Kak, untuk majlis belah saya, saya nak tema klasik tapi moden," kata Chairil.
- Klasik tapi moden?? Erm, ok...
"Tema ala2 diraja tapi tak nak tengkolok kuning, baju kuning mcm banyak org buat tu".
- Amboi? Tak nak tiru orang lain, abis tu nak mcmne?

Dipendekkan cerita, inilah tema yang diinginkan Chairil.. Anak muda kacak yang berasal dari Sungai Rambai, Melaka ini.
Boleh tahan kan idea dia? :)

Agak susah juga nak mencari busana dan aksesori lelaki untuk tema ini.. Tapi, alhamdulillah, akhirnya berjaya juga.. 



Restu...
Bersama ayah dan bonda kedua2 mempelai..













Secocok..
Segak dan elegan..
(** Kredit : Foto yang tidak mempunyai watermark kami adalah milik Shakirah Ashari, saudara dekat pengantin lelaki).
Terima kasih... :)

















Kebetulan..
Bersama Jaliah, wp majlis abangnya, Jalil, yang merupakan salah seorang pelanggan kami. Rupa2nya Jaliah ni geng baik Nooraishah semasa di universiti dulu.



Sporting..
Bersama saudara-mara lelaki.



Manis2 belaka..
Gadis2 yang menyeri majlis Chairil & Aishah di hadapan pelamin yang dirias lengkap dengan pentas mengadap seperti istana Melayu lama.



Sopan dan anggun.. ;)









Tandang bukan sebarang tandang
Bagaikan raja menjemput permaisuri,
Sempadan kasih tiada penghadang
Hingga ke syurga cinta berseri..

Aminn..! :)



Friday, April 6, 2012

Zamri & Siti Rohaya ~ Rias Majlis Bertandang.





Senyuman pengantin baru.. :)



sempurna.. :)






Baru tiba..






Jangan marah ah.. ;))






Pasangan melangkah segak dan manis ke dalam halaman.. 






Abadikan..
detik ini hanya sekali...



Silakan adinda.. :)









Sungguh manis puteri dihias,
Untuk bertandang bertemu mertua,
Semoga kasih tidak terbias
Hingga ke syurga kekal berdua..

Aminn... :)








Friday, January 13, 2012

Zureyana & Fadzil ~ Rias Majlis Bertandang.

Sebagaimana entri kami sebelum ini, Gambar2 dalam entri ini hampir kesemuanya kami perolehi dari album teman Zureyana, iaitu Noraisyah Sapon. Terima kasih sekali lagi.. ;)



Manis...
Persalinan kebaya lace old purple yang menjadi pasangan untuk majlis bertandang mereka. 
Rias dikendalikan sepenuhnya oleh team MUA kami yang telah dilatih oleh Pn Salina sendiri.













Pengantin sedang diarak dengan penuh meriah...


Bagaikan pinang dibelah dua.. 













Bertapa terpuji pasangan ini
Sama cantik, tinggi pekerti;
Saling melengkap, saling menemani,
Hingga ke syurga cinta di hati.

Aminn...! :)


KLIK untuk melihat Hiasan Pelamin Zureyana & All Fadzil
KLIK untuk melihat Rias Majlis Pernikahan dan Persandingan Zu & Fadzil





Friday, December 30, 2011

Redza & Ida ~ Rias Majlis Bertandang @ Hotel Pelangi, Muar, Johor

Kami sungguh terharu dan berbesar hati dengan majlis yang satu ini.
Ini kerana pengantin lelaki tidak tahu-menahu tentang salinabridal. Namun ibunda Redza merupakan pembaca setia blog kami ini dan perbincangan antara kami amat lancar dan menyenangkan kerana bonda Redza cukup hafal apabila merujuk beberapa majlis yang beliau berkenan di dalam blog ini. Terbaik! ;)

Majlis Bertandang antara Redza dan Ida Norlida telah dilangsungkan dengan penuh meriah di dewan majlis Hotel Sri Pelangi yang terletak di Jalan Sisi, Muar, Johor.

Ini adalah beberapa catatan dari foto2 kami yang tidak diedit langsung. Foto2 yang lebih hebat dan berseni dari OP akan kami terbitkan kemudian, Insyallah.. :)



Ida Norlida, gadis manis dari Batu Pahat, Johor yang bertakhta di hati Redza.. :)



Persiapan...



Sempurna... :)






Ida bersama flower girlnya yang comel dan pemalu..






Moden dan sopan..
Busana pilihan kedua2 mempelai.. :)






Melangkah masuk ke ruang Majlis..




Sepadan..
Pasangan kelihatan segak dan manis bersanding atas pelamin 



Persembahan kompang dari Persatuan Belia 1 Impian, Parit Perupuk, Muar cukup memeriahkan majlis..



Pengapit pengantin lelaki ini merupakan bakal pengantin yang akan melangsungkan majlisnya tidak berapa lama selepas majlis Redza ini. Nanti kami siarkan entri majlisnya di sini kerana kebetulan, beliau juga memilih salinabridal.. ;)



Telatah berapa kanak-kanak yang mencuit hati ketika majlis persandingan berlangsung..






Menuju Meja Santapan Beradat..
Selesai sudah majlis Persandingan...



Hati-hati..






Pastikan sempurna...



Biasakan diri... ;)






Tak kekok..
Semoga dikurniakan cahayamata secepat mungkin.. Amin.. ;)












Kenang-kenangan..
Sang puteri jelita di hadapan pelaminnya..











Ukiran inai khas dari Salinabridal buat sang permaisuri kelihatan cukup serasi dengan gubahan bunga tangan segar gubahan kami....













Sayu gembira hati sang bonda,
Anak dikandung kini nakhoda
Semoga ke Syurga cintanya ada
Dikuniakan bahagia tiada berpada

Amin... :)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)