Tuesday, February 15, 2011

nurul ain haji selamat ~ majlis khatam al-Quran & persandingan (Foto oleh Chiang Fotographer)

 setelah majlis pernikahan pada malam sebelumnya, keesokan hari majlis perkahwinan nurul ain dan fahrurazi dimeriahkan lagi dengan acara majlis persandingan mereka. kami merasa amat bertuah kerana tetap diberi kepercayaan untuk merias puteri jelita ini..


pelamin kerawang lengkung ini menjadi pilihan pasangan ini untuk menjadi persada persandingan mereka. 



hari dimulakan dengan majlis berkhatam al-quran oleh mempelai perempuan..



 merdu suara nurul ain melagukan ayat-ayat suci al-Quran bergema ke seluruh penjuru ruang..



sebaik sahaja selesai majlis berkhatam, kami telah merias ain untuk majlis persandingannya.. teman-teman ain yang tiba awal ke majlis ini tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan mereka bersama puteri jelita ini.. 



 ain bersama pengapitnya yang setia menemaninya sepanjang majlis ini..



sementara itu,fahrurazi sedang disiapkan oleh kak lynn di rumah bersanggar...


 mempelai lelaki bersama rombongannya memulakan langkah menuju ke lokasi acara...



 dan hujan renyai pun turun menyiramkan rahmat ilahi ke atas rombongan yang bertandang membawa suatu ikatan nan suci..





keunikan adat majlis persandingan di johor.. adat tebus pintu dan jalan yang memeriahkan majlis dengan gelak ketawa, sorak sorai dan gurau senda.. :) 



 pengantin lelaki harus menebus laluannya hingga ke pelaminnya.. kelihatan sang pengapit sedang "menyembunyikan" pengantin perempuan. :)



 hingga akhirnya pelamin berjaya ditebus dan kedua mempelai bersanding manis dan ceria..



 cuba teka, apakah yang direbutkan mereka? ;)



 selesai majlis persandingan, pengantin bergerak ke meja santapan untuk acara santapan beradat. majlis dimuali dengan memanjatkan doa kepada yang Maha Esa agar majlis dan jodoh ini diberkati dan dirahmati hingga ke hujung nyawa.. Aminnn!



 so sweet.. 



 ain dan suami menyusul ayahanda dan bunda ain memohon restu dan doa..



kedua mempelai bersama keluarga dan rombongan pihak lelaki.. 



 nurul ain yang manis jelita..






 sama cantik dan kacak







restu ayah bonda...

selesai majlis pernikanah dan persandingan ini, pasangan ain dan razi telah memilih bandar maharani, muar sebagai lokasi fotografi outdoor mereka. klik untuk melihat sesi fotografi ain-razi.  




Catatan :

Andaman, Pelamin & Aksesori : Salina Beauty & Bridal, Muar.
Lokasi Majlis : Kampung Paya Panjang, Bukit Pasir, Muar

Foto Oleh : Chiang Fotographer, Muar.

2 comments:

Putera Sahail said...

Bila majlis ini diadakan? Sorry bertanya.. Sy kawan lama dia.. Sedih tidak di jemput.. T.T

salina said...

pengantin terlupa kot? atau kad silap hantar ke.. sabar ye? doakan mereka bahagia sentiasa. Nnt awk kawin pastikan jemput mereka.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)