Friday, February 25, 2011

Lt Kol Ir Mohd Razib & Kak Fauziah | 19th Feb 2011

Bertarikh 19 Februari 2011 dan bertempat di Kampung Parit Keroma, Muar, Johor kami amat berbesar hati kerana diminta untuk turut sama menjayakan majlis perkahwinan antara Lt Kol Mohd Razib & Kak Fauziah.  
 Kami telah memberikan perkhidmatan rias bagi majlis pernikahan dan persandingan, hiasan pelamin, kamar tidur dan meja santap bagi majlis ini.
Berikut adalah catatan dan beberapa gambar dari perjalanan majlis yang berbahagia ini.

Rias Majlis Pernikahan
restu kunci bahagia...
pasangan mempelai bergambar kenang-kenangan bersama lima putera dan puteri Lt Kol Razib di atas pelamin.




 




Andaman Majlis Persandingan
Di sebelah tengaharinya, kami menatarias Kak Fauziah untuk Majlis Persandingan pula.. Pasangan ini memilih persalinan serba hijau untuk majlis ini.


Lautan manusia... Saudara-mara dan sahabat handai pasangan ini berduyun-duyun datang dari jauh dan dekat untuk sama-sama berkongsi kebahagian dan meraikan pasangan ini.




Kak Fauziah yang sporting tersenyum di atas pelamin..


kurung hijau kerongsang permata,
sejambak bunga merah di tangan;
bersanding manis menyejukkan mata,
semoga bahagia menemani pasangan..
Aminnn... :)


Sesi Fotografi
Mohd Razak Ecostudio, Muar telah dilantik oleh pasangan sebagai OP majis perkahwinan ini. Kelihatan disini team OP sudah bersiap dengan alatan fotografi sambil berbincang sesuatu dengan mempelai lelaki sementara menunggu kak fauziah ditouch up.

Klik untuk berhubung dengan Mohd Razak Ecostudio di facebook.















ketika ini OP masih dalam proses menyiapkan foto-foto majlis ini dan telah berjanji untuk berkongsi dengan para pembaca setia blog salinabridal hasil kerja beliau untuk majlis ini. Sama-sama kita tunggu ye.. :)



Persalinan
OP sedang tekun menjalankan tugas..


kak fauziah memilih persalinan hindi sebagai persalinan pilihannya...








Hiasan Pelamin, Meja Santap & Kamar Beradu
Pelamin kerawang penuh 3 panel dipilih sebagai penyeri majlis perkahwinan pasangan ini..



 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)