18 Februari 2012 menjadi tanda bererti dalam hidup puteri jelita bernama Salina Saadon ini apabila janji yang diikat setahun sudah akhirnya dikota dengan simpulan pernikahan.
Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran sahabat dan saudara dari kedua-dua belah pihak.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Salina kerana terus yakin dengan perkhidmatan kami setelah Majlis Pertunangannya dahulu. Juga kepada Ayahanda dan Bonda pengantin serta keluarga yang banyak membantu memudahkan kerja2 kami. :)
Terima kasih semua.. :)
Manis, anggun dan sopan.. :)
Kuning bertemu Ungu..
Hantaran kedua pihak berhias indah..
Bagai pinang dibelah dua..
Azim dan Salina setelah menjadi pasangan suami dan isteri yang sah.
Saat terindah..
Bergurau senda pengantin baru,
Atas pelmain berhias indah,
Semoga tercapai impian diburu,
Hidup bahagia, sejahtera dan mudah.
Amin...! :)
KLIK untuk melihat Hiasan Pelamin Salina & Azim.
KLIK untuk melihat Rias Majlis Persandingan Salina & Azim.
No comments:
Post a Comment