Penantian Nadia dan Halil, pasangan muda yang manis dan segak ini akhirnya tertunai jua. Setelah mengikat tali pertunangannya pada tahun 2011 yang lalu, pasangan ini selamat bergelar suami isteri yang sah dalam suatu majlis pernikahan yang dilangsungkan di rumah ayah bonda Nadia yang terletak di Kampung Parit Raja, Muar, Johor.
Terima kasih kepada Nadia dan keluarga kerana mempercayai Salinabridal sejak dari Majlis Pertunangannya lagi hinggalah ke majlis perkahwinannya ini.
OP bagi majlis ini adalah encik Ajak dari EcoStudio, Muar. Kalau OP bagi gambar kat kami, nnt kami share kat sini ye? :)
Sudah setahun janji diikat
Akhirnya kasih bertaut jua,
Semoga bahagia di dalam berkat
Jodoh melekat, kekal berdua
Aminn... :)
KLIK untuk melihat Rias Majlis Pertunangan Nadia & Halil
KLIK untuk melihat Rias Majlis Persandingan Nadia & Halil
No comments:
Post a Comment