Gadis manis ceria bernama Siti Rosziema Binti Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Cik Cty ini selamat melalui majlis pertunangannya dengan kekasih hatinya pada 26 Oktober 2011. Majlis berlangsung dengan penuh ceria di rumah keluarga Cik Cty yang terletak di Kampung Juaseh, Pekan Air Panas, Labis, Johor.
Rumah Cik Cty terletak di kawasan berbukit/gunung yang indah dan betul-betul bersebelahan Kolam Air Panas, Labis. Best betul..! ;)
Terima kasih daun keladi kepada Cik Cty dan keluarga kerana memilih kami untuk merias dan menghias kamar Cik Cty untuk majlis pertunangannya.. :)
Busana pertunangan adalah milik Cik Cty sendiri.
Kek pertunangan yang comel dan menarik..
Ikatan tudung simple dan kemas menjadi pilihan Cik Cty..
Tidak lupa aksesori kepala yang manambahkan seri penampilan gadis manis ini..
Cty bersama adinda dan teman tersayang yang setia menemaninya sepanjang persiapan dan majlis berlangsung..
Kampung Juaseh indah dan permai
Air panas tarikan pengunjung
Semoga ikatan erat dan damai
Jodoh dipertemu, janji dijunjung...
Amin... :)
2 comments:
Salam kak..sy nak tanya,macam ni ke design asas untuk bilik pengantin untuk pakej promosi PAKEJ PERNIKAHAN + RESEPSI?
kalu mcm ni, sy suke, simple tp elegan and smart...:)
Ya betul Suhaila. Tapi tanpa bunga dan spotlight. Lain semua sama. :)
Post a Comment