Sunday, October 16, 2011

Nadiah & Rafiq ~ Rias Majlis Pernikahan.


Gadis manis dan manja ini selamat bergelar seorang isteri pada 9 Oktober 2011 dalam suatu majlis pernikahan yang penuh berkah yang dilangsungkan di rumah keluarga yang beralamat di Taman Mulia, Jalan Kesang Laut, Muar, Johor.

Kami telah menyediakan gadis manis ini dengan pakej rias, pelamin serta busana persandingan. Terima kasih Nur Nadiah serta keluarga kerana memilih salinabridal. :) 




Sang puteri sudah dirias rapi, hanya menanti rombongan kekasih hati bertandang untuk mengotakan janji... ;)




Rias pelamin pilihan hati Nur Nadiah...


Pelamin yang semakin berseri dan kemas dengan padanan kerusi cleopatra simple berwarna putih.



pastikan rela.. ;)




Inilah sumpahku...
Rafiq tenang melafaskan janjinya dihadapan Nur Nadiah dan para hadirin..






















Pelamin indah terhias rapi
Pasangan muda duduk bersanding
Semoga cinta marak berapi,
Hingga ke syurga kekal berganding.

Amin... :)) 



p/s : kami belum memperolehi foto2 majlis bersanding Nur Nadiah yang dikendalikan oleh MUA kami. Kami akan kongsikan disini sekiranya kami berjaya dapatkan dari pihak Fotografer.  



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Senarai Lengkap Entri

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)