Saturday, December 11, 2010

nurin haniah ~ andaman majlis pernikahan

dara manis yang bernama Nurin Haniah Binti Asmuni ini telah menamatkan zaman bujangnya bertempat di Persiaran Bahagia, Jalan Abd Rahman, Muar, Johor. Kami amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh sang pengantin dan keluarganya untuk menyempurnakan andaman pengantin perempuan ini di majlis paling bersejarah dan berbahagia dalam hidupnya.



memandangkan upercara pernikahan merupakan suatu upercara yabg amat suci di sisi agama, ramai bakal-bakal pengantin mengharapkan untuk menjalani upercara ini dalam keadaan sesuci mungkin dengan berwudhu terlebih dahulu. Maka sudah semakin banyak keluarga yang mensyaratkan agar andaman bagi majlis pernikahan anak gadis mereka dilakukan oleh jururias perempuan untuk mengelakkan wudhu yang telah diambil batal. Keluarga nurin adalah salah satu dari mereka.



nurin haniah setelah siap dirias oleh kami.



kelembutan senyuman seorang gadis yang bakal bergelar seorang isteri sebentar lagi..



nurin haniah menanti dengan penuh debaran di dalam kamar pengantin..



kami sentiasa memastikan bahawa teknik rias bagi majlis pernikahan dari kami seharusnya bertema lembut dan tidak terlalu striking..



nurin berkongsi kegembiraan bersama teman-teman rapat yang hadir menyaksikan hari bahagianya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)