Pepatah bijak pandai ada mengatakan "kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana". Begitulah halnya jodoh kami dengan gadis manis dan happy go lucky bernama Nooraishah Katnie ini.. Perancangan awalnya adalah rias bagi majlis ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh MUA yang kami dapatkan khas untuk majlis ini kerana kami telah terlebih dahulu mengendalikan majlis Umai di Pagoh, Muar.
Namun, perubahan waktu pernikahan pada saat akhir dari selepas Maghrib kepada selepas Zohor menyebabkan Kak Lynn sendiri yang naik ke Puchong untuk rias Majlis ini. Dah jodoh... kan? :)
Apapun, alhamdulillah, majlis yang berlangsung di Taman Mawar, Puchong, Selangor ini berjalan lancar dan meriah.
Terima kasih Aisyah dan keluarga atas kepercayaan yang diberikan serta bantuan melancarkan kerja team pelamin dan rias sepanjang persiapan majlis ini. Memang terbaik! :))
Sungai Rambai indah dan permai,
Namun di Puchong kasih terikat,
Semoga jodoh tenteram dan damai
Dikurniakan cinta bersulam berkat..
Amin..! :)
KLIK untuk:
No comments:
Post a Comment