Friday, February 24, 2012

Nadia & Halil ~ Rias Majlis Persandingan (foto oleh salinabridal - original - No Edit)

Kemuncak majlis meraikan perkahwinan Nadia & Halil tiba jua akhirnya. Majlis berlangsung dengan meriah dengan kehadiran saudara dan rakan dari jauh dan dekat.

Pasangan memilih persalinan dari salinabridal berwarna off white-silver  untuk majlis ini.








Mempelai lelaki juga sudah bersedia..












PERCAYA ATAU TIDAK?
Pelamin yang indah ini dibangun dan dihias oleh ayahanda Nadia sendiri. 
Hebat kan?























Melangkah megah menuju majlis
Sanak saudara sudah menanti
Semoga takdir sudah tertulis
Bahagia bersama hingga ke mati.

Amin... :)



KLIK untuk melihat Foto2 oleh OP : Ecostudio, Muar







Thursday, February 23, 2012

Nadia & Halil ~ Rias Majlis Pernikahan (foto oleh salinabridal - NO EDIT)

Penantian Nadia dan Halil, pasangan muda yang manis dan segak ini akhirnya tertunai jua. Setelah mengikat tali pertunangannya pada tahun 2011 yang lalu, pasangan ini selamat bergelar suami isteri yang sah dalam suatu majlis pernikahan yang dilangsungkan di rumah ayah bonda Nadia yang terletak di Kampung Parit Raja, Muar, Johor.

Terima kasih kepada Nadia dan keluarga kerana mempercayai Salinabridal sejak dari Majlis Pertunangannya lagi hinggalah ke majlis perkahwinannya ini. 

OP bagi majlis ini adalah encik Ajak dari EcoStudio, Muar. Kalau OP bagi gambar kat kami, nnt kami share kat sini ye? :)




































Sudah setahun janji diikat
Akhirnya kasih bertaut jua,
Semoga bahagia di dalam berkat
Jodoh melekat, kekal berdua

Aminn... :)



KLIK untuk melihat Rias Majlis Persandingan Nadia & Halil






Wednesday, February 22, 2012

Ada & Fendi ~ Rias Majlis Pertunangan (foto salinabridal - no edit)

 Gadis manis yang mesra dengan panggilan Ada ini dengan rasminya menjadi tunangan kepada kekasih hatinya, Fendi.
Majlis berlangsung penuh meriah di kediaman keluarga Ada yang terletak di Maktab Teknik PDRM, Bakri Muar, Johor. Kami telah merias Ada beserta aksesori make up untuk majlis bahagianya ini.

Terima kasih buat Ada dan keluarga. :)








































Dara manis sudah bertunang,
Duduk sopan tersenyum riang,
Semoga jodoh segera bertandang
Terikat teguh, damai dan tenang

Amin... :)


Azzila & Razali ~ Rias Majlis Pertunangan + Foto dari OP : Akubudaknakal (Street Photographer)

Majlis pertunangan Azzila dan Razali ini telah selamat dilangsungkan pada 22.2.12 yang lalu di rumah keluarga  permpuan yang terletak di Bukit Pasir, Muar. Majlis berlangsung penuh meriah dalam kesyukuran.
Selamat bertunang Azzila & Razali.. :) 

Terima kasih kepada Azzila dan keluarga kerana memilih salinabridal. Juga terima kasih kepada OP atas gambar2 yang menarik untuk kami kongsi di sini. Gambar2 yang ada nama kami itu dari kamera kami sendiri dan tak diedit cantik mcm gambar2 dari OP tau? Gambar OP semua cantik2..  ;)




Manis dan sopan..  








































Alangkah lega hati teruna
Dara diidam sudi diikat
Semoga janji segera terlaksana
Menenun kasih bersulam berkat

Aminn... :)




KLIK untuk menghubungi OP : Akubudaknakal (Street Photographer) di FB.
KLIK untuk melayari Laman Web OP.
KLIK untuk melayari Laman Web ZaieDean WalkPhoto Enterprise










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)