Monday, June 29, 2009

Nora ~ 26 Jun 2009 - Sekitar majlis Pernikahan






natural beauty... wajah nora sebelum ditatarias oleh puan salina.




pose istimewa dari pengantin baru.. :)


menawan.. kejelitaan sang puteri di malam pernikahan. baju kurung lace penuh di luar dan songket putih di bahagian dalam amat sesuai dengan majlis pernikahan.



kenangan.. puan salina bersama nora.


Nora ~ 27 Jun 2009 - Sekitar Majlis Persandingan

nora di samping suami tercinta... sama cantik, sama padan.



senyuman bahagia seorang isteri..



kejelitaan mempelai ini diserlahkan lagi dengan pilihan busana yang tepat..



untuk kenangan... sesiapa jua pasti teringin untuk merakam pengantin jelita ini untuk kenang-kenangan...



outdoor photoshoot.. salah satu kenangan untuk anak dan cucu.. :)

Bagi majlis persandingan ini, nora memilih busana songket tabur berwarna putih/krim untuk dirinya dan pasangan. sebagai pelengkap keanggunan, kami mengenakan jubah lace penuh labuh berlabuci tempahan khas untuk nora.

Nora ~ 26 & 27 Jun 2009 - Sekitar Majlis Pernikahan & Persandingan


ayu dan ceria... Nora tersenyum sambil duduk di atas pelamin di malam pernikahannya.



simple dan bergaya... pelamin yang kami sediakan untuk majlis nora.



hiasan kamar beradu yang menurut warna tema pilihan majlis nora..




hiasan meja santapan beradat yang kami sediakan bersesuaian dengan pilihan pengantin..

kami di Salina Beauty & Bridal merakamkan setinggi penghargaan atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh kedua mempelai dan keluarga kepada kami dalam memberikan khidmat kami kepada mereka.

kami juga mendoakan kedua-dua pengantin ini akan dikurniakan kehidupan berumahtangga yang malar-indah hingga ke penghujung nyawa. 
Aminnn....

Wednesday, June 24, 2009

Shida ~ 5, 6 & 14 Disember 2008 Majlis Pernikahan & Persandingan




Baru-baru ini kami dihubungi oleh Shahida a.k.a Shida melalui email. Shida merupakan pelanggan kami yang mana kami telah mengendalikan andaman bagi ketiga-tiga sesi majlis beliau (pernikahan, persandingan (perempuan - Johor) dan bertandang (lelaki- Melaka) pada 5,6 dan 14 Disember 2008.

Atas permintaan kami, Shida telah menghantar beberapa file pics majlisnya. Kami upload sebahagian dari gambar-gambar tersebut untuk tatapan anda semua. Kalau diperhatikan, kualiti pixel gambar2 shida ini adalah lebih baik berbanding posting2 biasa kami kerana ianya dirakam oleh jurugambar profesional (yang sebelum ini semua kami snap sendiri - hehe).

So, enjoy ya?



Persalinan perang/emas ini pula dipakai semasa majlis bertandang ke rumah pihak lelaki di Melaka.



romantis... Persalinan putih berbalam kebiruan ini dipakai semasa majlis pernikahan..



sweet couple...


Perarakan menuju rumah pengantin lelaki (majlis bertandang)

Shida ~ 5, 6 & 14 Disember 2008 Majlis Pernikahan & Persandingan


bagai pinang dibelah dua...



berkongsi kegembiraan..



sopan dan tertibnya sang mempelai...


sedang berbincang apa tu agaknya ya..? ;)



molek dan sepadan.. saling menyokong dan saling melengkapkan, InsyaAllah..

Kini, menurut Shida, beliau bertugas di Kulim. Kami di Salina Beauty & Bridal mengharapkan bahtera yang telah beliau dan suami layari selama ini akan kekal utuh dan tegap dalam melayari kehidupan berumahtangga di dunia hingga membawa ke syurga... 
Aminnn... :))

Tuesday, June 23, 2009

Nasrul ~ Sekitar Majlis Persandingan - solekan
















Asalamualaikum wbt semua, lama juga tak upload posting baru.

Ini adalah pics dari majlis persandingan En Nasrul (rumah pihak lelaki) pada Sabtu, 20 Jun 2009 yang lalu. Kami di Salina Beauty & Bridal mengucapkan setinggi penghargaan atas kepercayaan keluarga pengantin yang memilih perkhidmatan kami. Bagi majlis ini, kami diminta menyediakan perkhidmatan solekan, persalinan, pelamin, hiasan meja makan, perarakan kompang serta tarian zapin.

Kami juga memanjatkan do'a agar pasangan mempelai ini akan kekal bahagia & sejahtera hingga ke akhir hayat... 
Amin.


Monday, June 22, 2009

Nasrul ~ Sekitar Majlis Persandingan - extended


Persalinan panel lace hijau serindit (veil attached) untuk sang permaisuri...




Persalinan songket putih emas - permintaan khas En. Nasul. Sang Permaisurinya berposing manja (veil off)...








Set perhiasan Meja Makan bersesuaian dengan warna tema pilihan...




Pasangan dua sejoli bersanding atas pelamin simple yang di dirikan di luar rumah. Bijak, kerana kurang sungkup dan tidak merimaskan pengantin dan hadirin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Senarai Lengkap Entri

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)