Tuesday, March 20, 2012

Nadia & Halil ~ Klip Video Istimewa oleh EcoStudio MRH Photostudio

Semenjak kebelakangan ini, hampir semua pasangan pengantin memilih untuk menggunakan khidmat  jurugambar profesional untuk mengabdikan detik-detik bersejarah hari bahagia mereka.
Malah, semakin ramai pula juragambar yang berkembang maju dengan menawarkan perkhidmatan pembikinan video dalam servis mereka.

Contohnya, di dalam daerah Muar saja, hampir semua Jurugambar yang pernah berkerjasama dengan Salinabridal turut menyediakan perkhidmatan ini. Persaingan sihat ini memberikan pasangan pengantin kuasa untuk memilih perkhidmatan terbaik bersesuaian dengan budget mereka.

Buat pertama kalinya, kami kongsikan 2 klip video pendek (pre-wedding photoshoot) pasangan pengantin kami (Nadia & Halil) hasil produksi EcoStudio MRH PhotoVideo, Muar untuk tatapan anda. Sekiranya berminat, anda boleh berhubung terus dengan team EcoStudio untuk pertanyaan dan perbincangan lanjut.

Oh ya, jangan lupa matikan dulu radio di kanan laman ini. Tq.. :)






Tajuk Klip : Cinta Sepontan Nadia & Halil
Oleh : EcoStudio MRH
No Tel : 017-6982848 






Tajuk Klip : Nadia & Halil.
Oleh : EcoStudio MRH.
No Tel : 017-6982848






 



KLIK untuk melihat catatan asal Majlis Perkahwinan Nadia & Halil.

KLIK untuk melayari halaman MohdRazak EcoStudio PhotoVideo di Facebook.









Sunday, March 18, 2012

Dr Mazlina & Cikgu Khairil Nizar ~ Rias Majlis Persandingan dan Outdoor (Foto istimewa dari OP : Link Gud).

Ini adalah bahagian ke-3 dari entri majlis perkahwinan Dr. Mazlina & Cikgu Khairil.
Terima kasih kepada pasangan pengantin baru ini yang sudi melayan permintaan kami untuk send pic persandingan mereka oleh OP. Masa ni kamera kami lupa nak caj. ;p

Kami sertakan sekali gambar2 sesi outdoor pasangan ini di sekitar bandaraya Melaka yang indah untuk tatapan semua.
Bagi yang berminat dengan hasil kerja OP ini, nombor telefon beliau ada disertakan di akhir entri ini..



 



 



 



 



 



 



 



 



 



 


 



 



 

OP bagi majlis pasangan ini ialah Link Gud. Sekiranya ada yang berminat dengan hasil kerja jurugambar ini boleh menghubungi beliau di talian 012-6060343. 
Menurut pengantin, OP ini tidak menggunakan Facebook ataupun website. 







Sunday, March 11, 2012

Salina & Azim ~ Rias Majlis Persandingan

Majlis Persandingan dan resepsi pasangan Salina da Azim dilangsungkan pada 19 Februari 2012.
Pasangan kelihatan berseri2 dengan persalinan sedondon berwarna emas.

Ditambah lagi dengan hiasan pelamin istimewa hasil dari idea dan rekabentuk oleh pengantin perempuan sendiri, cukup melengkapkan kemeriahan majlis bahagia yang gemilang ini.
  





Hampir selesai..






Pengantin diiringi pengapit dan ibu-ibu saudaranya ketika keluar menyongsong suami tercinta.



Azim sedang beramah-mesra dengan penduduk kampung.. ;)






Selamat datang...









Pastikan sempurna...









Terlerai sudah dendam bertimbun,
Puteri idaman suri di hati,
Semoga kasih subur merimbun
Menaung hidup hingga ke mati.

Aminn..! :)







Salina & Azim ~ Rias Majlis Pernikahan


18 Februari 2012 menjadi tanda bererti dalam hidup puteri jelita bernama Salina Saadon ini apabila janji yang diikat setahun sudah akhirnya dikota dengan simpulan pernikahan.
Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran sahabat dan saudara dari kedua-dua belah pihak. 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Salina kerana terus yakin dengan perkhidmatan kami setelah Majlis Pertunangannya dahulu. Juga kepada Ayahanda dan Bonda pengantin serta keluarga yang banyak membantu memudahkan kerja2 kami. :)
Terima kasih semua.. :)









Manis, anggun dan sopan.. :)



Kuning bertemu Ungu..
Hantaran kedua pihak berhias indah..



Bagai pinang dibelah dua..
Azim dan Salina setelah menjadi pasangan suami dan isteri yang sah.









Saat terindah..





















Bergurau senda pengantin baru,
Atas pelmain berhias indah,
Semoga tercapai impian diburu,
Hidup bahagia, sejahtera dan mudah.

Amin...! :)







Salina & Azim ~ Hiasan Pelamin.

Pasangan : Salina & Azim
Alamat Majlis : Kg Parit Besar, Jln Dato Hj Kosai, Muar, Johor.
Tarikh : 18 dan 19 Februari 2012
Pakej : Custom.





























Comel... :)












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)