Sunday, December 12, 2010

Siti Azura ~ Andaman Pertunangan

Majlis Azura ini kami repost sebab baru dapat beberapa pics menarik dari album Siti Azura di fb. ebelum ni pics yang dalam simpanan kami sikit sangat. Terima kasih zura coz beri izin kak lyn utk copy gambar zura ya? ;)






zura yang manis.. :)






senyumannya...



hantaran dan hadiah yang menyerikan majlis..



unik.. persembahan yang cukup khas yang membawa erti tertentu kepada keluarga kedua-dua belah pihak..



pasangan darah manis dua sejoli.. ;)



Saturday, December 11, 2010

nurin haniah ~ andaman majlis pernikahan

dara manis yang bernama Nurin Haniah Binti Asmuni ini telah menamatkan zaman bujangnya bertempat di Persiaran Bahagia, Jalan Abd Rahman, Muar, Johor. Kami amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh sang pengantin dan keluarganya untuk menyempurnakan andaman pengantin perempuan ini di majlis paling bersejarah dan berbahagia dalam hidupnya.



memandangkan upercara pernikahan merupakan suatu upercara yabg amat suci di sisi agama, ramai bakal-bakal pengantin mengharapkan untuk menjalani upercara ini dalam keadaan sesuci mungkin dengan berwudhu terlebih dahulu. Maka sudah semakin banyak keluarga yang mensyaratkan agar andaman bagi majlis pernikahan anak gadis mereka dilakukan oleh jururias perempuan untuk mengelakkan wudhu yang telah diambil batal. Keluarga nurin adalah salah satu dari mereka.



nurin haniah setelah siap dirias oleh kami.



kelembutan senyuman seorang gadis yang bakal bergelar seorang isteri sebentar lagi..



nurin haniah menanti dengan penuh debaran di dalam kamar pengantin..



kami sentiasa memastikan bahawa teknik rias bagi majlis pernikahan dari kami seharusnya bertema lembut dan tidak terlalu striking..



nurin berkongsi kegembiraan bersama teman-teman rapat yang hadir menyaksikan hari bahagianya..

Wednesday, December 8, 2010

hirewandy ~ Andaman Majlis Persandingan

Pada tarikh yang sama dengan majlis pertunangan Shamiza (28 november 2010), kami juga mengendalikan majlis sambut menantu (belah lelaki) keluarga hirewandy yang dilangsungkan di Parit Bunga, Muar, Johor. Alhamdulillah, majlis berlangsung lancar dan ceria berkat kerjasama keluarga pengantin yang best dan sporting. :)



pengantin perempuan tenang saat menunggu sesi make over dimulakan..



stail natural look yang bersih diterapkan untuk pengantin ini.



perhiasan kepala dan leher yang melengkapkan persalinan kebaya labuh old purple yang klasik..



berkongsi keceriaan dan berkah dengan para tetamu dan sanak-saudara yang hadir...



pasangan bahagia...



Hirewandy ~ Hiasan Pelamin

wandy memimpin tangan isteri tercintanya melalui gerbang menuju ke persada pelamin mereka.






Pelamin single panel berkerawang dilengkapi sepasang kerusi raja menjadi pilihan hirewandy untuk majlis bersejarahnya ini.



sepadan...



senyuman bahagia sepasang mempelai yang sedang berguyur curahan cinta tak berpenghujung dan berendam kasih tak bertepi. Semoga kekal begitu..



busana kebaya labuh old purple yang memang diminati oleh ramai customer kak lynn menjadi pilihan pasangan ini dan ternyata pilihan yang tepat. Kebaya ini dibuat dari material french lace yang lembut dan melekap ditubuh amat dingin, ringan dan selesa dipakai.



mari kita sama-sama doakan semoga mereka kekal bahagia dan sejahtera hingga akhir hayat... amin...!



Tuesday, December 7, 2010

Shanniza A Hamid ~ andaman majlis pertunangan

Majlis pertunangan puteri jelita ini telah dilangsungkan pada 28 November 2010 di rumah orang tua shamiza yang beralamat di Jalan Khalidi, Muar dan kami amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk menyumbang kepakaran kami bagi memeriahkan majlis ini.



hai.. sampai terlelap shamiza tunggu. Bila nak start ni? :)






dah siap.. shamiza kelihatan elegan dan manis dengan persalinan jubah lace copper gold lengkap dengan tudung, veil dan aksesori kepala dengan tone warna yang sedondon.



sungguh cantik dan mempersonakan..




KLIK untuk melihat Majlis Persandingan Shanniza
KLIK untuk foto2 dari OP Majlis Perkahwinan Shanniza & Salehudin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Datang! Anda pelawat ke...

Video Panduan Pakej Promosi

10 Entri Terkini

Salina Beauty & Bridal @ Facebook

Jom Join Salinabridal? :)